Medium "Mari Berjumpa Mari Berhubung" telah digunakan oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dalam usaha untuk berinteraksi, mendekati mendekati & mendampingi rakyat. Beliau bukan sahaja telah berjaya menggunakan medium tersebut untuk menjelaskan dasar & program kerajaan malah beliau juga telah berjaya membina, memperkukuh & mengembangkan kerjasama serta kesepakatan terhadap percambahan idea & tindakan sosial yang positif di kalangan rakyat Malaysia pelbagai kaum.
Melihat kepada keperluan adanya medium seperti itu untuk Pemimpin-pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen & Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan & Agensi Persekutuan Negeri & Daerah & Pengamal-pengamal Perhubungan Awam Kerajaan di Pulau Pinang, maka medium Jaringan Komunikasi Kerajaan "Mari Berjumpa Mari Berhubung" Pulau Pinang diwujudkan.
Dengan adanya medium ini, Pemimpin-pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen & Dewan Undangan Negeri, Ketua-ketua Jabatan & Agensi Persekutuan Negeri & Daerah & Pengamal-pengamal Perhubungan Awam Kerajaan di Pulau Pinang boleh berinteraksi, menyalurkan informasi mengenai program-program yang dirancang & dilaksanakan untuk rakyat khususnya dalam usaha menjayakan Agenda Nasional Negara seperti program & aktiviti Gagasan 1Malaysia, Transformasi Kerajaan (GTP), Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Ke-10 & Perlaksanaan Inisiatif Bajet 2012 secara bersepadu.
Melalui medium ini juga boleh memperkukuhkan perpaduan & meningkatkan kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, jabatan & agensi kerajaan serta media dalam melaksanakan sesuatu program atau aktiviti.
